Western Philosophy


Falsafah Barat  muncul di Yunani semenjak abad ke 7 S.M. Falsafah muncul ketika masyarat mula berfikir tentang keadaan dan kewujudan alam dan dunia. Pada masa itu, masyarakat tidak lagi merujuk kepada agama untuk mencari jawapan atas persoalan-persoalan yang timbul. Segala persoalan yang timbul akan difikirkan secara logic dan rasional sahaja.

Socrates (470 SM – 399 SM) adalah falsafah dari Athena, Yunani dan merupakan salah seorang ahli falsafah yang paling penting dalam tradisi falsafah Barat. Socrates memindahkan falsafah dari langit ke bumi, yang bermaksud bahawa objektif yang diselidiki tidak lagi alam semesta, tetapi manusia. Selain itu, bagi Socrates falsafah bukannya isi, hasil, atau ajaran yang berdasarkan kepercayaan yang tidak boleh dibantah. Falsafah Socrates adalah tentang cara mencari kebenaran, dia tidak mengajar tetapi membantu mengeluarkan apa yang disimpan di dalam jiwa seseorang. Bagi Socrates orang yang berpengetahuan adalah orang yang berbudi baik. Hal ini demikian, budi bermaksud tahu berdasarkan timbangan yang benar, maka yang jahat adalah orang yang tidak berpengetahuan dan membuat sesuatu pertimbangan yang tidak betul. Socrates juga berfalsafah tentang keadilan yang mana keadilan adalah melaksanakan apa-apa fungsi atau pekerjaan sendiri dengan baik tanpa mencampuri pekerjaan orang lain. Akhir sekali, Socrates juga berfalsafah tentang kehidupan selepas mati yang abadi yang mana juga berkaitan bahawa adanya roh yang telah wujud sebelum kewujutan manusia.
Plato adalah ahli falsafah yang terkenal pada abad yunani kuno iaitu pada tahun 427 hingga 347 sebelum masihi. Plato merupakan penerus pemikiran falsafah daripada Socrates dan melanjutkan kepemimpinannya. Pada zaman kepimpinan Plato, beliau memberi kebebasan kepada masyarakat untuk berfikir dan mengadakan dialog-dialog untuk membincangkan sebarang perkara yang timbul dalam fikiran. Menurut falsafah Plato ilmu pengetahuan amat penting dan bermanfaat dalam kehidupan. Menurut beliau juga, ilmu pengetahuan bukan hanya boleh didapati daripada sekolah dan didikan daripada guru sahaja. Malah, ilmu pengetahuan juga boleh diperolehi di dalam sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Misalnya, sebarang ilmu pengetahuan boleh didapati melalui pengalaman yang berlaku dalam kehidupan seharian dan pengalaman tersebut boleh dijadikan sebagai ilmu dan teladan dalam diri.

Aristotle merupakan salah satu falsafah barat yang dilahirkan pada tahun 384 di Stagira, utara yunani. Ketika berumur 17 tahun Aristoteles pergi ke Athena untuk belajar di Akademi Plato dan menjadi anak murid plato selama 20. Aristotle, telah memperkenalkan falsafah tentang cara untuk membaiki dunia. Dalam falsafah Aristotle telah menulis berkaitan dengan estetik, ekonomi,moral, kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi dan pendidikan. Falsafah konsep kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Aristotle adalah konsep kebahagian menjadi satu tujuan utama dalam perbuatan dan tingkalaku manusia. Selain itu falsafah bagi konsep kebaikan moral ialah merujuk kepada perbuatan dan perasaan dalam perbincangan beliau tentang kebaikan moral. Suatu kebaikan moral boleh ditakrifkan melalui perasaan kita terhadap sesuatu objek atau situasi, dan juga melalui suatu tindakan seseorang terhadap persekitaran. Salah satu moral dalam falsafah Aristotle adalah keberanian. Beliau juga terkenal sebagai logik formal kerana Aristotle percaya tentang keperluan manusia kepada perdebatan dan perbincangan intelektual.

Ilmu pengetahuan tidak hanya meliputi ilmu sains tulen dan sains sosial sahaja. Malah, ia turut meliputi ilmu berkaitan tentang hal-hal umum yang abstrak dan memiliki sifat yang rasional. Dalam hal-hal umum yang abstrak yang timbul untuk dibahaskan adalah berkaitan tentang apa itu alam semester, apa itu kehidupan, apa itu pemikiran, tuhan ada atau tiada?. Oleh itu, muncul pemikiran-pemikiran falsafah berkenaan dengan persoalan tersebut yang telah membuka ruang minda masyarakat untuk berfikir secara kritikal terhadap sesuatu persoalan yang timbul.

Comments

  1. Falsafah Barat merujuk kepada pemikiran falsafah di dunia Barat atau Barat, (bermula dengan Yunani Kuno dan Rom, yang memanjangkan melalui Eropah tengah dan barat dan, sejak Columbus, Amerika) berbanding dengan falsafah Timur atau Oriental (yang terdiri daripada India, Cina, Parsi, Falsafah Jepun dan Korea) dan pelbagai falsafah pribumi.

    Selama berabad-abad, Falsafah Barat telah sangat dipengaruhi dan telah dipengaruhi oleh agama Barat, sains, matematik dan politik. Malah, pada zaman purba, perkataan "falsafah" digunakan untuk bermaksud SEMUA usaha intelektual, dan, sehingga abad ke-17, sains alam (fizik, astronomi, biologi) masih dirujuk sebagai cabang "falsafah semula jadi".

    Ia juga mempengaruhi (dan seterusnya dipengaruhi oleh) ajaran agama Ibrahim (falsafah Yahudi, falsafah Kristian, dan falsafah Islam). Secara meluas, menurut beberapa pengulas, masyarakat Barat berusaha mencari dan membuktikan "kebenaran", sementara masyarakat Timur menerima kebenaran seperti yang diberikan dan lebih berminat untuk mencari keseimbangan. Orang Barat meletakkan lebih banyak saham dalam hak individu; Orang Timur dalam tanggungjawab sosial.

    Terdapat 4 cara yang biasa di mana Falsafah Barat boleh digunapakai atau dianjurkan dengan berguna Oleh Cawangan / Doktrin, Mengikut Tempoh Sejarah, Oleh Pergerakan / Sekolah, Oleh Ahli Falsafah Individu

    ReplyDelete
  2. Falsafah Barat terdiri daripada ahli-ahli falsafah dari dunia barat di mana permulaannya adalah purba Yunani dan Rom dan meluaskan ke Eropah tengah dan barat dan Columbus, Amerika.

    Sepanjang sejarahnya yang panjang dan bervariasi di Barat, falsafah bermakna banyak perkara yang berbeza. Sebahagian daripada mereka telah mencari kebijaksanaan; percubaan untuk memahami alam semesta secara keseluruhan; pemeriksaan tanggungjawab moral manusia dan kewajipan sosial; usaha untuk niat ilahi dan tempat manusia dengan merujuk kepada mereka; usaha untuk mendasarkan perusahaan sains semulajadi; pemeriksaan ketat asal, tahap, dan kesahan idea manusia; penjelajahan tempat kehendak atau kesedaran di alam semesta; pemeriksaan terhadap nilai-nilai kebenaran, kebaikan, dan kecantikan; dan usaha untuk memodifikasi peraturan pemikiran manusia untuk mempromosikan rasional dan perpanjangan pemikiran yang jelas. Malah ini tidak membuang makna yang telah dilampirkan kepada perusahaan falsafah, tetapi mereka memberikan beberapa idea mengenai kerumitan yang melampau dan banyak halangan.

    Republik Plato adalah contoh yang kedua; Principia Ethica (1903) G.E. Moore (1873-1958), seorang pengasas falsafah analitik, adalah contoh yang pertama. Bermula dengan persoalan sederhana tentang keadilan, Republik dalam pemisahannya lambat tetapi secara progresif membawa lebih banyak bidang ke dalam perbincangan: etika pertama, kemudian politik, kemudian teori pendidikan, maka epistemologi, dan akhirnya metafizik. Bermula dengan satu soalan tertentu, Plato akhirnya berjaya membuat perbincangannya seluas dunia. Principia Ethica hanya sebaliknya. Bermula dengan soalan umum, Apa yang baik? ia secara beransur-ansur memecahkan persoalan ini menjadi satu siri soalan subordinat, menganalisis makna yang semakin meningkat, semakin sempit dan sempit tetapi selalu dengan kesopanan dan keikhlasan yang tinggi, berusaha untuk meningkatkan kesederhanaan dan ketepatan.

    ReplyDelete
  3. NURUL INTAN SURAYA BINTI MURTAZADI

    Based on this writing, what I can share from my side opinion is about
    Plato as a young man was a member of the circle around Socrates. Since the latter wrote nothing, what is known of his characteristic activity of engaging his fellow citizens (and the occasional itinerant celebrity) in conversation derives wholly from the writings of others, most notably Plato himself. The works of Plato commonly referred to as “Socratic” represent the sort of thing the historical Socrates was doing. He would challenge men who supposedly had expertise about some facet of human excellence to give accounts of these matters—variously of courage, piety, and so on, or at times of the whole of “virtue”—and they typically failed to maintain their position. Resentment against Socrates grew, leading ultimately to his trial and execution on charges of impiety and corrupting the youth in 399. Plato was profoundly affected by both the life and the death of Socrates. The activity of the older man provided the starting point of Plato’s philosophizing. Moreover, if Plato’s Seventh Letter is to be believed (its authorship is disputed), the treatment of Socrates by both the oligarchy and the democracy made Plato wary of entering public life, as someone of his background would normally have done.
    Plato once delivered a public lecture, “On the Good,” in which he mystified his audience by announcing, “the Good is one.” He better gauged his readers in his dialogues, many of which are accessible, entertaining, and inviting. Although Plato is well known for his negative remarks about much great literature, in the Symposium he depicts literature and philosophy as the offspring of lovers, who gain a more lasting posterity than do parents of mortal children. His own literary and philosophical gifts ensure that something of Plato will live on for as long as readers engage with his work.

    ReplyDelete
  4. Falsafah muncul ketika masyarakat mula berfikir tentang keadaan dan kewujudan alam dan dunia. Pada masa itu, masyarakat barat tidak lagi merujuk kepada agama untuk mencari jawapan atas persoalan-persoalan yang timbul tetapi merujuk kepada apa yang difikirkan secara logic dan rasional sahaja. Socrates (470 SM – 399 SM) adalah falsafah dari Athena, Yunani dan merupakan seorang bapa falsafah politik dan etika. Bagi Socrates orang yang berpengetahuan adalah orang yang berbudi baik. Hal ini demikian, budi bermaksud tahu berdasarkan timbangan yang benar, maka yang jahat adalah orang yang tidak berpengetahuan dan membuat sesuatu pertimbangan yang tidak betul. Plato merupakan penerus pemikiran falsafah daripada Socrates dan melanjutkan kepemimpinannya. Pada zaman kepimpinan Plato, beliau memberi kebebasan kepada masyarakat untuk berfikir dan mengadakan dialog-dialog untuk membincangkan sebarang perkara yang timbul dalam fikiran. Bagi Plato ilmu pengetahuan bukan hanya boleh didapati daripada sekolah dan didikan daripada guru sahaja tetapi ilmu pengetahuan juga boleh diperolehi di dalam sesuatu peristiwa atau pengalaman yang berlaku dalam kehidupan seharian. Manakala menurut Aristotle, Ilmu pengetahuan tidak hanya meliputi ilmu sains tulen dan sains sosial sahaja tetapi ia turut meliputi ilmu berkaitan tentang hal-hal umum yang abstrak dan memiliki sifat yang rasional.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Is Philosophy?

Buku Republik oleh Plato