Pengertian dan Sumber Falsafah Komunikasi
Falsafah bermaksud 'alam minda' atau
'pemikiran semula jadi' yang disebut sebagai berfikir. Falsafah adalah untuk
berfikir secara mendalam dan bersungguh-sungguh tentang suatu perkara. Yang
mana falsafah adalah hasil daripada minda manusia yang mencari dan memikirkan
kebenaran secara berperingkat. Dengan kata lain: Falsafah adalah kajian inti
dari kebenaran segala-galanya. Manakala Komunikasi adalah proses bagaimana
proses maklumat atau pengetahuan antara individu ditukarkan melalui sistem
simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum. Oleh itu, falsafah komunikasi
bermaksud bagaimana seseorang berkomunikasi, menyampaikan atau menerima suatu
pengetahuan/ilmu tentang suatu perkara berdasarkan apa yang dia fikirkan secara
secara mendalam. Falsafah komunikasi juga adalah satu disiplin yang meneliti
secara asasnya tentang komunikasi saintifik dari teori kepada semua perkara
yang berkaitan dengannya. Menurut Prof. Onong Uchjana Effendy (2007), falsafah
komunikasi adalah satu disiplin yang menelaah teori, metodologi, analitis,
kritikal, dan holistik secara teori.
Terdapat 4 tunggak dalam falsafah
komunikasi iaitu ontology, epistemology,
axiology dan logic. Pandangan melalui ontologi, ilmu komunikasi difahami
melalui objek material dan objek formal. Menurut Rachmat Kriyantono (2007)
Individu menciptakan makna, mempunyai maksud dan mempunyai atau menentukan
pilihan nyata yang mana orang-orang berperilaku berbeda dalam situasi berbeda
karena aturan berubah dari satu situasi ke situasi lainnya. Dan kedua, Perilaku
pada dasarnya ditentukan oleh dan respon pada biologi dan lingkungan.
Pandangan falsafah komunikasi dari segi epistemologi adalah cara atau kaedah untuk mendapatkan pengetahuan. Kemudian juga mengenai pengesahan dan kebenaran dari pengetahuan. Manakala dari segi aksiologi, adalah tentang mempelajari dan membincangkan manfaat yang diperoleh dari sains, dan menyiasat sifat nilai baik etika dan estetik. Menurut Rachatmat (2007), Ahli-ahli sains klasik menganggap bahawa teori dan penyelidikan adalah bebas nilai, sains adalah neutral, cuba mendapatkan fakta kerana ia muncul di dunia nyata. Namun, Jika pandangan peribadi ilmuwan bercampur, maka menghasilkan ilmu yg bias. Walaubagaimanapun, dari sudut lain dalam isu ini, adalah ilmu pengetahuan adalah tidak bebas nilai.
Akhir sekali, falsafah komunikasi dalam pandangan yang Logik adalah berkaitan dengan kajian terhadap prinsip-prinsip dan kaedah pemikiran. ia adalah suatu pemikiran yang dikomunikasikan atau disampaikan kepada orang lain yang mana merupakan suatu keputusan sebagai hasil dari pemikiran seseorang secara logik dan rasional.

Definisi falsafah menurut Plato ialah pengetahuan tentang segala yang ada. Menurut Aristotle pula adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda. Manakala bagi Al-Farabi falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan akhir sekali menurut Sidi Gazalba, falsafah boleh ditafsirkan sebagai berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran. oleh itu, secara keseluruhan falsafah adalah kecintaan terhdap kebijaksanaan dan kebenaran, yang mana ia adalah suatu pemikiran yang disampaikan kepada orang lain yang mana merupakan suatu keputusan sebagai hasil dari pemikiran seorang ahli falsafah secara logik dan rasional.
ReplyDeleteSaya sangat suka dengan takrifan falsafah yang diberikan oleh anda. Ianya jelas diterangkan kerana falsafah sukar untuk difahami bagi sesetengah orang kerana perlu fikir secara logikal. Pendapat saya, saya rasa ini sudah cukup jelas untuk memahami falsafah.
ReplyDelete