ADAKAH WANITA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN ADALAH MERUGIKAN?


Bagi penyataan yang mengatakan bahawa melajutkan pelajaran adalah merugikan bagi wanita yang telah berkahwin, kami berpendapat pelajaran adalah sangat penting tidak mengira jantina samada lelaki atau wanita, tidak wajar jika pelajaran itu tidak perlu bagi wanita kerana banyak perkara yang boleh diperolehi daripada ilmu. Sebagai contoh, seorang suri rumah bukan sahaja tahu mengurus dari segi penyediaan makanan dan pakaian, namun banyak perkara sebenarnya yang mereka uruskan misalnya pengurusan kewangan keluarga dan membuat langkah awal dalam memberi rawatan kepada ahli keluarga jika sakit. Semua perkara ini sebenarnya amat berkait rapat dengan pendidikan, dengan pendidikan wanita dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam segala perkara yang dilakukan. Pada zaman dahulu, mungkin wanita dilihat sebagai seorang yang hanya perlu berada didapur dan menguruskan keluarga jika sudah berkahwin. Namun di zaman moden, kini wanita tidak lagi dilihat sebagai seorang yang rendah martabatnya kerana telah ramai wanita yang berjaya bukan sahaja dari segi pendidikan namun dari segi kerjaya dan setaraf dengan golongan lelaki.
        


      

Comments

  1. Pandangan saya tentang kedua dua video ini mempunyai perbezaan dari segi perbezaan pendapat. Sebenarnya, pendidikan ini tidak membazirkan masa. Contohnya, mereka menyatakan bahawa pendidikan itu membuang masa dan boleh mengagalkan diri dia dalam pelajaran. Bagi saya, pendidikan ini adalah salah satu ilmu yang patut dituntut supaya kita tidak tercicir atau buta huruf pada masa akan datang. Contohnya dalam video tersebut, anda tidak boleh membandingkan Bill Gates yang tidak bersekolah turut boleh berjaya dalam bidangnya tanpa pendidikan. Sebenarnya Bill Gates juga berilmu dalam bidang perkomputeran dia mencari sendiri ilhamnya melalui kebijaksanaannya. Pendidikan juga bukanlah penghalang tidak mendapat pekerjaan, banyak juga tawaran kerja yang ditawarkan tetapi anda menolak kerana mahukan jawatan tersebut.
    Dalam video 2, bagi saya di universiti itu sendiri menerima ramai wanita untuk melanjutkan pelajaran. Ini bermakna wanita melanjutkan pelajaran ini tidak membazirkan masa. Contohnya, wanita yang sudah berkahwin ini mempunyai kekuatan seperti menjaga anak-anak dan kerja-kerja rumah setelah habis kerja mereka. Ramai juga wanita yang berkahwin melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan ilmu mereka dengan mengambil sarjana dan doktor falsafah. Walaupun wanita yang berkahwin mempunyai komitmen lain tetapi mereka tetap fikir ilmu yang wajib dituntut

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya ketika zaman dahulu berbeza pada zaman sekarang dari segi pelajaran. Ketika dahulu belajar bukan aspek yang sangat penting bagi mereka. Hal ini kerana, mereka berpendapat bahawa walaupun mereka mempunyai pendidikan tinggi mereka akan duduk di rumah sekiranya mereka sudah mendirikan rumah tanggah mereka tetapi berbeza pada masa kini pendidikan itu sangat penting kerana pendidikan merupakan aspek utama sekirany kita ingin mencapai sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Saya bersetuju pada pendapat anda. Dahulu mungkin kita boleh menganggap bahawa pendidikan tidak sesuai untuk wanita disebabkan oleh faktor-faktor fizikal wanita yang mungkin lebih kurang bertenaga berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya tertumpu kepada lelaki sahaja untuk membina dan menjamin kehidupan diri dan keluarga mereka. Namun, pada masa kini, tidak ada perbezaan dalam menuntut ilmu pengetahuan di antara lelaki dan wanita. Ilmu pengetahuan merupakan perkara yang amat penting dalam membina kehidupan yang lebih baik.

      Delete
  3. Pada pandangan saya setelah melihat video tersebut ialah pendidikan dikalangan wanita yang sudah berkhawin bukanlah sesuatu yang membuang masa, ia bergantung sama ada pasangan tersebut sama ada mereka mampu atau tidak untuk membahagikan masa dan menguruskan rumah tangga. Selain itu, bagi wanita yang melanjutkan pendidikan bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana mereka boleh menggunakan ilmu yang mereka ada untuk menjaga keluarga supaya tidak mudah tertipu, mendidik dan memotivasi anak-anak untuk belajar dan mencapai matlamat mereka, dan dapat meningkatkan ekonomi keluarga bagi isteri yang bekerja dan memperolehi gaji yang tinggi. Oleh itu, pendidikan bagi wanita yang sudah berkhawin bukan lah membazirkan masa jika ia menggunakan apa yang telah dia pelajari untuk membangunkan keluarganya.

    ReplyDelete
  4. Menerusi video diatas, pendapat mereka bahawa pendidikan bagi wanita yang telah berkahwin adalah membuang masa adalah tidak betul sama sekali jika mengikut aliran masa pada masa kini, tetapi ianya mungkin dipersetujui ramai jika kita masih dalam era 60-an. Hal ini kerana, ibu bapa pada zaman 60-an tidak penting dan membuang masa kerana wanita hanya akan berada dirumah apabila kahwin kelak menjaga hal-hal berkaitan rumahtangga. Tetapi pada zaman moden ini, persepsi mereka bahawa pendidikan bagi wanita yang telah berkahwin adalah membuang masa kini tidak boleh diguna pakai lagi kerana wanita pada zaman sekarang walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak masih menyambung pelajaran mereka kerana mereka menganggap pendidikan itu penting dalam jangka masa yang panjang kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada kita. Hal ini kerana, pada zaman sekarang wanita yang banyak mendominasi peluang pendidikan dan peluang pekerjaan. Oleh itu, menyambung pendidikan bagi mereka yang telah berkahwin adalah tidak membuang masa. Apabila kita menghadapi kesempitan wang dengan adanya pendidikan kita boleh membantu suami kita mencari duit untuk menampung kehidupan kerana zaman sekarang semua keperluan memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Oleh itu, pendapat saya adalah menuntut ilmu walaupun telah berkahwin adalah tidak membuang masa kerana pendidikan itu sangat penting kepada kita.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, pada masa kini segelintir masyarakat pandang rendah pada wanita dan menggangap wanita hanya sekadar mampu jadi suri rumah tangga sahaja. Namun begitu, kini wanita juga mampu menerima pendidikan dan mengejar ilmu tanpa batasan kerana individu tersebut mempunyai hak dalam kehidupannya bagi menuntut ilmu lebih tinggi.

    ReplyDelete
  6. Ya betul, saya setuju dengan ulasan anda mengenai pernyataan tersebut. Pelajaran adalah penting tidak mengira jantina samada lelaki atau wanita ianya tetap sama. Tidak boleh kita meninggikan kaum lelaki dan merendahkan martabat wanita, kerana wanita zaman sekarang bukan seperti berapa puluh tahun dahulu, dimana wanita dipandang bawah kerana tempat mereka hanya layak di rumah sahaja. Jika kita lihat zaman sekarang, wanita dilihat telah berjaya dalam pelbagai bidang samada sukan, perniagaan, profesion dan sebainya, lihat sahaja Nicol Ann David merupakan pemain skuasy terhebat yang pernah disejarahkan dan dinobatkan sebagai pemain no 1 terbaik dunia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Is Philosophy?

Buku Republik oleh Plato

Western Philosophy