KESESUAIAN MENERAPKAN FALSAFAH YANG TIDAK BERSANDARKAN AGAMA DALAM PRAKTIK KOMUNIKASI.
Agama sebagai sebahagian daripada budaya
telah dikaitkan dengan pelbagai sifat dan tingkah laku komunikasi. Khususnya,
agama telah dikaitkan dengan penggunaan media dan pilihan (contohnya, Stout
& Buddenbaum, 1996), keputusan kesihatan / perubatan dan komunikasi
mengenai isu berkaitan kesihatan (Croucher & Harris, 2012), komunikasi
interpersonal (contohnya Croucher, Faulkner, Oommen , & Long, 2012b),
tingkah laku organisasi (contohnya, Garner & Wargo, 2009), dan sifat
komunikasi dan tingkah laku antara budaya (cth. Croucher, Braziunaite, & Oommen,
2012a). Dalam media dan biasiswa agama, penyelidik telah menunjukkan bagaimana
agama sebagai pemboleh ubah budaya mempunyai kesan yang kuat terhadap
penggunaan media, keutamaan, dan kepuasan. Penyelidikan yang menghubungkan
media dan agama sangat luas (Stout & Buddenbaum, 1996). Badan penyelidikan
ini menunjukkan bagaimana "pandangan dunia keagamaan dicipta dan
dikekalkan dalam proses sosial yang berterusan di mana maklumat dikongsi"
(Stout & Buddenbaum, 1996, ms 7-8). Sebagai contoh, orang Kristian agama
lebih cenderung membaca akhbar, sementara individu agama kurang berpandangan
pendapat internet (Croucher & Harris, 2012), dan individu-individu
keagamaan (yang biasanya menghadiri khidmat keagamaan dan dengan demikian
digabungkan menjadi agama komuniti) lebih cenderung untuk membaca media yang
dihasilkan oleh komuniti keagamaan (Davie, 2008).
Ilmu Falsafah aktiviti intelektual
perbahasaan dan penyelidikan oleh ahli-ahli falsafah dalam mencari kebenaran
serta tabiat sesuatu ilmu berdasarkan kemampuan akal (Azka Zhini
Mohamad@Mohamaed,2007). Takrifan kepada ilmi falsafah adalah kecintaan terhadap
ilmu, kebenaran, akhlak dan sistem metafizik yang menerusi akal (Mat Rofa
Ismail, 2006). Tambahan pula, penyelidikan tersebut termasuklah mengenai
rahsia-rahsia alam, persoalan metafizik dan juga perkaitan dengan nilai, etika
dan estetika yang berkait kepada proses mencari hakikat kebenaran tabiat
sesuatu ilmu itu. (Abdul Jalil Hasan, 1973).
Para
falsafah yang terdahulu dari zaman Yunani telah bertungkus lumus untuk memikirkan
dan cuba memahami tentang alam dan penciptanya. Bagaimana hubungan alam dan
penciptanya. Kewujudan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu, wajib dan mungkin
mewakili pencipta dan selain dariNya yakni alam. Namun begitu, ahli-ahli mesir
purba juga telah mengkaji soal ketuhanan sebelum mereka mengkaji matematik dan
sains. Tidak ketinggalan juga kepada agama-agama yang lain Berahim, Hindu,
Buddha dan Confucius dalam membahaskan ketuhanan sebelum isu yang lain.
Ahli-ahli falsafah Yunani cuba menyelami alam ketuhanan dan sesuatu yang wujud
disebalik alam.
Ahli
falsafah Yunani Plato membuat kesimpulan, bahawa tuhan itu, tidak lebih dari
sebagai “lambang kebaikan atau kecantikan”(mithal
al-kyair/al-jamal) yang dinamakan pencipta. Socrates mendefinisikan falsafah
sebagai proses penelitian yang kritis untuk sampai kepada asas yang benar dalam
membuat penilaian,pemilihan dan tindakan. Namun begitu, Aristotle cuba
menjauhkan dari alam ketuhanan dan tidak berminat dalam permasalahan tersebut. Walaubagaimanapun,
beliau menerima kewujudan penggerak pertama yang menggerakkan selain darinya
sedang dia sendiri tidak bergerak. Socrates,Plato,Aristotle menjadi sumber
pemikiran falsafah kepada islam dan barat. Maka, terbentuklah falsafah
ketuhanan dari segi islam dan Kristian yang berasaskan agama dengan tujuan
menggabungkan akal dan wahyu.
Namun
begitu, falsafah moden Berkeley, mempercayai mengembalikan semua hakikat kepada
akal. Beliau mengencam kebendaan
dianggapnya sebagai faktor disebalik penularan idea bebas melakukan apa
sahaja dan penyelewengan dari prinsip-prinsip keagamaan dan akhlak.
Karl Marx (1818-1883)
melihat agama sebagai deskriptif dan evaluatif. Pertama, dari sudut pandang
deskriptif, Marx percaya situasi sosial dan ekonomi membentuk bagaimana kita
membentuk dan menganggap agama . Bagi Marx, hakikat bahawa orang cenderung
beralih kepada agama lebih ketika mereka menghadapi kesulitan ekonomi atau
denominasi agama yang sama diamalkan secara berlainan dalam masyarakat yang
berlainan akan kelihatan sangat logik. Kedua, Marx melihat agama sebagai bentuk
pengasingan (Marx & Engels, 1975). Bagi Marx, anggapan bahawa Gereja
Katolik, contohnya, mempunyai keupayaan atau hak untuk mengecualikan individu,
dan dengan demikian pada dasarnya tidak mengecualikan mereka dari masyarakat
rohani, adalah contoh klasik eksploitasi dan penguasaan. Pengasingan dan
eksploitasi tersebut kemudiannya bergema dalam karya-karya Friedrich Nietzsche
(1844-1900), yang melihat agama sebagai manusia dan budaya yang mengawal
manusia (Nietzsche, 1996).
Kesimpulannya, falsafah
yang tidak bersandarkan kepada agama boleh menggalakkan manusia untuk
menafsirkan falsafah tersebut dengan kefahaman dan firasat mereka tanpa
mengaitkan dalam soal kegamaan. Namun begitu, kemungkinan besar akan berlakunya
penyelewengan dan idea-idea yang bebas melakukan apa saja dengan melanggar dan
jauh daripada keagamaan serta akhlak. Sedangkan, Sidek Baba, 2011 mengatakan
saintis barat hanya terhenti setakat mendapatkan fakta dan data bagi
menghasilkan satu hipotesis sebagai usaha pemahaman sesuatu fenomena dan
hubungkait sebagai faktor semula jadi. Hal ini, melahirkan masyarakat yang
sombong dan tidak merendah diri. Oleh itu, falsafah yang tidak bersandarkan
kepada agama boleh menyebabkan berlaku keluar dari sasaran atau sifat akhlak
dalam diri. Namun begitu, dalam membuat falsafah haruslah perkara yang masuk
akal bersandarkan pemikiran atau idea yang logik.
Bagi pernyataan kesesuaian menerapkan falsafah yang tidak bersandarkan agama dalam praktik komunikasi, Dari sudut sudut pemahaman saya daripada tontonan video di abc News.com, iaitu sesi temu bual dengan Stephen Hawking yang dikenali sebagai tokoh falsafah yang mengamalkan agama atheist. Beliau mempendapat bahawa ada perbezaan di antara agama dan sains. Dalam kenyataan beliau, " there is is a fundamental difference between religion, which is based on authority, [and] science, which is based on observation and reason. Science will win because it works." Berdasarkan kenyataan beliau, agama ini adalah autoriti di mana pengetahuan yang tepat tentang tuhan yang mana dapat untuk arah tuju dan bagaimana pengamalnya perlu berpelakuan. Namun sains dilihat lebih menampakan bukti dimana untuk membuktikan sesuatu ia harus dikaji terlebih dahulu dan mesti mempunyai sebab dan akibat. Menurut Goldman (1916), berkata manusia hanya dicipta untuk hidup, berjuang dan kemudiaanya mati menurut fahaman atheist. Tiada istilah syurga dan neraka dimana tempat untuk manusia dijatuhkan hukuman dan diberikan kesenangan atas kebaikan dan keburukan yang dibuat semasa hidup. Secara ringkasnya, permahaman atheist tuhan itu tidak wujud, dan semua benda yang ada daripada sinaran matahari sehinggan ke titisan hujan adalah dihasilkan melalui atom-atom dan hanya sains dapat menerangkannya. Jadi disini apa gunanya falsafah jika tidak digunakan? Falsafah merupakan ilmu yang bersifat ingin tahu apa disebalik realiti kehidupan dan kewujudan alam ini. Apa yang kita lihat hari ini, menurut
ReplyDeleteMohd Fakhrudin, 1999 menyatakan Hakikat ketuhanan dan idea tentang ketuhanan sebenarnya telah jelas dan sempurna. Manusia melihat air huja mencurah-curah menyirami pokok-pokok, memenuhi sungai-sungai yang kering, manusia melihat sinaran matahari yang menyinari kegelapan pekat malam cahayanya memberikan kepanasan mencerahkan
persada bumi yang luas terbentang memungkinkan manusia beroperasi dengan aktif
melayari bahtera kehidupannya di atas datarannya ke sana ke mari dengan bebas
"Kami menjadikan siang sebagai kehidupan" (maksud surah an-Naba' : 11)
sementara di kala petang setelah sekian kekuatan cahayanya menyerlah sampai kepada kemuncak menjadikan persada bumi cerah terang benderang sehinggalah beberapa ketika kemudiannya beransur-ansur kurang, siang sudah sampai di ambang hujung, tugasnya sudah selesai pada hari ini disunnahkan Allah sedemikian rupa
sementara buat menanti hari besok, dunia kini diambilalih malam yang gelap gulita, langit biru kini sekali lagi memunculkan sang bulan dengan iringan bintang-bintang yang bertaburan di sana sini menghiasi persada langit menjadikan malam cukup indah dan berseri-seri menawarkan cahaya lembut sesuai dengan kesyahduan malam dan banyak lagi yang tidak dapat untuk kita ungkapkan. Tidakkah kita berfikir bahawa segala apa yang ditunjukan ini semestinya ada pencipta yang menciptakannya. Mengapa manusia dijadikan dan dihidupkan keatas muka bumi? takkan sekadar untuk hidup kemudiannya mati. Manusia hidup dimuka bumi adalah sebagai khalifah, dan hidup untuk mencari siapakah penciptanya. Manusia diuji untuk melihat sejauh manakah kebergantungan mereka terhadap penciptanya. Jadi untuk menjawap segala persoalan, adalah tidak sesuai falsafah tanpa agama, kerana dari sudut tersebut mereka menjadi sombong , tiada akhlak, tiada arah tujuan oleh itu saya bersetuju dengan jawapan yang diberikan diatas
Ya. Pada pendapat saya persoalan yang dicari perlu mengikut konsep agama. Hal ini kerana, agama merupakan landasan atau panduan dalam mencari kebenaran. Jika penyelidikan tidak mengikut landasan agama boleh menyebabkan maklumat yang diperolehi mungkin akan salah disisi norma manusia atau tidak logik jika difikirkan semula.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda. Seperti yang kita tahu agama itu perlu diambil berat dala apa juga aspek. Kerana lain agama lain persepsinya.
DeleteMengenai kesesuaian menerapkan falsafah yang tidak bersandarkan agama dalam praktik komuniaksi, apa yang dapat saya simpulkan adalah kita tidak boleh menerapkan falsafah yang tidak berlandaskan agama hal ini kerana apabila kita melakukan sesuatu tanpa mengikut aliran yang ditetapkan dalam agama membuatkan kita terumbang-ambing dan tidak tahu arah yang betul dan salah menyebabkan kita memilih jalan yang salah. Oleh itu, untuk mempratikkannya dalam komunikasi amatlah tidak bijaksana kerana akan mendatangkan kacau bilau dan provokosi terhadap orang ramai.
ReplyDeleteYa saya setuju. Agama adalah teras panduan manusia dalam melakukan sebarang tindakan. Falsafah adalah prinsip atau sikap yang mencintai kebenaran, maka kebenaran itu sudah disokong melalui pendidikan agama.
DeleteYa. Pada pendapat saya agama merupakan garis panduan yang harus kita gunakan dalam penyelidikan dan untuk mencari maklumat serta kebenaran. Sekiranya, maklumat yang diperolehi tanpa panduan agama boleh menyebabkan maklumat atau kebenarang yang kita perolehi adalah tidak serasi dengan norma manusia.
ReplyDeleteNURUL INTAN SURAYA BINTI MURTAZADI
ReplyDeleteYa. Saya sangat suka dengan penulisan yang jelas tentang topik ini. Salah satu penulisan yang saya suka adalah tentang Karl Marx (1818-1883) melihat agama sebagai deskriptif dan evaluatif. Pertama, dari sudut pandang deskriptif, Marx percaya situasi sosial dan ekonomi membentuk bagaimana kita membentuk dan menganggap agama . Bagi Marx, hakikat bahawa orang cenderung beralih kepada agama lebih ketika mereka menghadapi kesulitan ekonomi atau denominasi agama yang sama diamalkan secara berlainan dalam masyarakat yang berlainan akan kelihatan sangat logik.