Kebenaran Atau Keadilan Dalam Penyampaian Berita


Pada pendapat saya dalam sebuah negara demograsi dan mempunyai seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya perlu menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan. Hal ini untuk menjaga perpaduan dan kesefahaman di antara setiap kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia. Keadilan dalam menyampaikan sesuatu berita  merujuk kepada sikap menitikberatkan perpaduan dan tidak mempunyai unsur resis di antara kaum. Keadilan dalam penulisan sesebuah berita juga perlu dititiberatkan agar tidak menyentuh sensitiviti kaum.
          Keadilan dan kebenaran perlu diutamakan. Kebenaran sememangnya penting kerana semua orang mempunyai hak untuk mengetahui sesuatu perkara. Misalnya, penulisan berita dan penyampaian berita kebenaran perlu dijelaskan walau apa pun isu yang melanda. Namun, jika isu seperti rusuhan kuil Sri Mariamman apa tindakan pemberita atau penulis berita perlu sampaikan. Adakah kebenaran yang perlu diutamakan atau keadilan?
          Keadilan jika dilihat dalam konteks Malaysia terutamanya dalam penyampaian berita, konsep keadilan ini agak suram diutarakan. Namun, jika kita fikirkan semula, untuk penyampaian berita tentang isu yang panas di Malaysia ketika ini berkenaan dengan rusuhan kuil, keadilan sepatutnya diutamakan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang hidup dengan berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India termasuklah juga etnik di Sabah dan Sarawak.
          Seharusnya pemberita perlu lebih berhati-hati dalam penyampaikan maklumat terutamanya berita yang menyentuh soal perkauman kerana ianya merupakan suatu perkara yang sensitif dan perlu diambil berat. Pemberita perlu mengutamakan dahulu soal agama dan kaum dalam penyampaian berita. Tidak perlu menyampaikan kebenaran dengan menjelaskan secara langsung  apakah agama atau kaum yang dianuti oleh seseorang yang melakukan jenayah. Jika dinyatakan kebenarannya akan mengakibatkan timbul persepsi masyarakat terutamanya bagi kaum Melayu yang berpendapat bahawa kesalahan yang dibawa oleh seseorang itu akan turut terkena pada bangsa atau kaum itu sendiri.
          Secara kesimpulannya, kebenaran adalah amat penting dalam menyampaikan sebarang berita agar masyarakat akan mendapat berita dan maklumat yang tepat dan sahih. Namun, tidak semua kebenaran perlu dinyatakan kepada khalayak. Ianya perlu mempertimbangkan aspek suasa dan masa yang tepat untuk menyatakan sesuatu kebenaran agar tidak menyentuh perkara yang sensitif di antara kaum di Malaysia. Keadilan pula merupakan aspek yang penting dalam konteks negara demokratik dan berbilang kaum. Dengan menitikberatkan konsep keadilan, maka semua kaum di Malaysia akan lebih berasa aman dan selamat.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju bahawa bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi keadilan dan kebenaran adalah sangat penting namun perlu mengambil kira tentang agama, etnik dan budaya yang berbeza-beza. Tidak semua kebenaran perlu didedahkan jika ia menyentuh sentiviti pelbagai kaum dinegara ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya juga bersetuju dengan pernyataan diatas bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, keadilan dan kebenaran adalah diutamakan dan sangat penting kerana semua orang mempunyai hak untuk mengetahui semua perkara tetapi ianya perlu mengambi kira tentang agama dan bangsa yang berbilang kaum di Malaysia agar tidak timbul perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum.

    ReplyDelete
  4. NURUL INTAN SURAYA BINTI MURTAZADI
    Tentang penyataan ini, saya sebagai pelajar komunikasi bersetuju bahawa setiap penyampaian berita itu biarlah adil. Hal ini kerana, keadilan perlulah ada supaya tidak berlaku berat sebelah dalam penyampaian. Negara kita mengamal sistem demokrasi yang mana semua pihak berhak mendapat keadilan yang sama.

    ReplyDelete
  5. Keadilan merupakan salah satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam penyampaian berita. namun kebenaran juga perlu disampaikan agar masyarakat tidak berasa tertanya-tanya berkaitan dengan berita tersebut. Namun untuk menggelakkan salah faham itu masyarakat perlu mengikuti setiap perkembangan berita tersebut dan secara tidak langsung mereka tahu kronologi kes tersebut dan mereka tahu jalan penyelesaiannya. Oleh itu, masyarakat seharusnya menerima sesuatu mesej itu secara terbuka agar tidak timbul salah faham.

    ReplyDelete
  6. pada masa kini kita sentiasa keliru mana satu yang patut didahulukan antara kebenaran atau keadilan. adakah penyampai berita pelru mengutamakan kebenaran atau pun keadilan? iyanya akan berbalik kepada siapa yang melaporkan berita tersebut. ini merujuk kepada nilai etika dan profesional yang ada dalam diri seoarang wartwan tersebut untuk mengutamakan kebenaran atau pun keadilan. oleh itu saya bersetuju seperti penulis nyatakan kebenaran harus diutamkan dalam penulisan atau pelaporan berita oleh wartawan. namun tidak semua kebenaran pelru diungkapkan untuk menjaga keamanan negara. jika wartawan tersebut menulis kenyataan dengan kebenaran iyanya akan di teruti dengan keadilan bagi kenyataan atau maklumat atau isu yang hendak di sampaikan oleh wartawan.

    ReplyDelete
  7. Bagi pendapat saya, kedua-dua elemen iaitu keadilan dan kebenaran perlu seimbang. Jika kita tengok kes 1MDB, kita lihat pemberita seakan menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat disebabkan oleh memihak kepada pihak tersebut. Hal ini tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan lagi menyemarakkan api kemarahan masyarakat. Seeloknya pemberita ini menjadi 'watchdog' kepada golongan kerajaan dan menyampaikan kepada masyarakat, bukan menjadi 'lapdog'. Bagi kes pergaduhan di kuil Sri Mariamman, saya setuju dengan penyataan anda kerana dalam kes tersebut pemberita perlu utamakan keadilan kerana ia melibatkan kaum. Kesimpulanya, keutamaan keadilan dan kebenaran perlu dilihat dari segi situasi yang berlaku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Is Philosophy?

Buku Republik oleh Plato

Western Philosophy