Falsafah (wisdom=kebijaksanaa) boleh ditemui (ye ke?) dengan....


Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Menurut Drs. Sidi Gazalba berfalsafah ialah mencari kebenaran tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Untuk berfalsafah ini perlu mempunyai tiga ciri iaitu radikal bermaksud berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya shingga kepada akar bagi sesuatu masalah. Selin itu, sistematik ialah berfikir logic, yang bergarak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun dan yang ketiga ialah sejagat yang bersifat umum, pemikiran tidak tebatas pada bahagian-bahagian tertentu.
          Seperti yang kita tahu falsafah ini mempunyai lima kategori iaitu metafizik (adakah tuhan itu wujud?), epistemology (apa itu pengetahuan?), etika (adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tidakan yang salah?), logik (yang mengkaj penaakulan manusia) dan estetika (apakah itu indah?).
          Oleh itu, ketika berfalsafah, kita tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, kita digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri.

Comments

  1. Falsafah sesuatu yang dianggap atau dinilai sebagai bermanfaat bagi kehidupan manusia. Ia merupakan sebuah disiplin ilmu yang berkait dengan perihal kebijaksanaan. Dalam hal ini, kebijaksanaan adalah di mana manusia mampu bersikap dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan yang tinggi. Falsafah ini berkait dengan pengalaman umum manusia, kerana tidak tepatlah kalau dikatakan bahawa orang berfalsafah itu melamun atau tidak berpijak pada kenyataan. Memang ahli falsafah itu melampui pengalaman-pengalaman konkrit tetapi itu bermakna berfalsafah itu menjauhi kenyataan-kenyataan yang ada di sekitar kita.
    Dari segi falsafah ikut otak semata-mata dilihat memahami secara bersungguh-sungguh persoalan falsafah serta berusaha memikirkan jawapannya. Dalam falsafah ini, ada keupayaan untuk melatih pemikiran secara serius. Oleh itum ahli falsafah yang mempelajari ilmu falsafah secara logiknya tidak dilanggar oleh prasangka tertentu atau pandangan yang sempit. Sebab falsafah itu berkait seluruh pengalaman dan menyentuh semua aspek kehidupan manusia.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya Falsafah adalah pemikiran berfalsafah, yang boleh tercetus sama ada dari suatu pemikiran yang lama ataupun suatu pemikiran yang baru (pemikiran otak semata-mata, hati semata-mata dan mengikuti nafsu semata-mata) namun dalam kadar yang munasabah. Falsafah ini tidak hanya merangkumi pemikiran masa lalu, pemikiran otak semata-mata, hati semata-mata dan nafsu semata-mata tetapi juga ia berkaitan dengan nilai, budaya dan keadaan persekitaran dalam memahami apa itu falsafah dan bagaimana bijaksana berfalsafah.
    Menurut abdul Rahman Haji Abdullah (2005) falsafah mempunyai beberapa cabang termasuklah falsafah agama. Ilmu, hukum, pendidikan, sejarah, politik, matematik, sosial dan lain-lain. Oleh itu tidak dinafikan bahawa falsafah juga dapat membantu memberi makna dalam hidup kepada seseorang untuk terus berfikir dengan bijaksana.

    ReplyDelete
  3. menurut pendapat saya falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran, ia membantu kita untuk berfikir secara kritikal akan sesuatu perkara yang menunjukkan kecintaan terhadap kebijaksanaan dan kebenaran. menurut Plato ialah pengetahuan tentang segala yang ada di alam semesta ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Is Philosophy?

Buku Republik oleh Plato

Western Philosophy