Kepentingan Falsafah Dalam Membentuk Kandungan Komunikasi


Falsafah mempunyai kepentingannya tersendiri misalnya kebanyakkan mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata pelajaran yang sungguh berat dan sukar untuk difahami. Bila sahaja perkataan falsafah ini di sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan itu. Hal ini kerana, falsafah akan menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya. Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Ia memerlukan satu ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran. Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani. Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu bersedia untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya. Selain itu, ahli falsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyarakatnya. Hal ini kerana, ahli falsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyarakatnya ke arah jalan yang benar. Ahli falsafah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada masyarakat agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan sebagainya.

Pada masa sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya. Konklusinya, falsafah amat penting dalam kehidupan seharian yang mengharuskan kita untuk memahami dan mempelajarinya. Falsafah akan menjadikan kita seorang individu yang lebih mempunyai pemikiran yang kritikal dan berawawasan jauh seterusnya membentuk kandungan komunikasi.

Comments

  1. Assalamualaikum, apa yang dapat saya simpulkan falsafah amat penting kerana ianya mengenai kecintaan kita terhadap kebijaksaan dan kebenaran. falsafah wujud untuk kita pelajari dan selongkar sebanyak ilmu yang ada agar dapat digunakan dalam kehidupan. falsafah mempunyai empat cabang yang membantu kita mengkaji dan mempelajari ilmu dan pengetahuan secara holistik. seterusnya memudahkan kita untuk membentuk kandungan komunikasi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya falsafah penting untuk membentuk satu mesej komunikasi kerana melalui falsafah ini, seseorang dapat menulis atau bercakap tentang suatu kandungan/mesej komunikasi dengan beretika, logik dan mengambil kira sensitiviti dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan penulisan ini. Falsafah ini satu pemikiran yang sepatutnya kita fahami. Dan falsafah ini juga memberikan satu pemikiran yang kritikal

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju bahawa penting bagi seseorang untuk mengetahui apa itu falsafah. Ini kerana, pengetahuan tersebut dapat menjadikan kita sebagai seseorang yang berfikiran terbuka.

    ReplyDelete
  6. assalamulikum, apa yang saya fahami di sini falsafah dalam koumikasi sangat penting untuk dipelajari. sebagai contoh jika memahami falsafah kita dapat melihat kepada manusia. iaitu manusia yang berakal adalah manusia yg memberi respon kpd persekitarannya secara bijaksana utk mengelakkan dirinya terjebak dlm isu atau masalah. dalam aspek komunikasi paling asas di sini adalah pemprosesan maklumat dlm otak utk membolehkan manusia hidup dlm keluarga dan komuniti dan masyarakatnya;

    ReplyDelete
  7. Ya, falsafah sangat penting dalam membentuk komunikasi yang baik dan tepat, kerana ia memberikan manusia untuk berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara itu diutarakan. Memikirkan kesan-kesan kepada penerima atau audiens adakah ia menjadi positif atau negatif. Falsafah dapat mengelakkan seseorang itu daripada berfikiran jahil dan mengelakkan penipuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Is Philosophy?

Buku Republik oleh Plato

Western Philosophy