What is Philosophy for?
Pada pendapat kami, apa yang dapat difahami daripada video "What is Philosophy for?" adalah orang keliru tentang falsafah. Kelihatan pelik, tidak relevan dan membosankan. Dalam Bahasa Yunani, Philo bermaksud cinta atau kesetiaan dan Sophia bermaksud kebijaksanaan. Namun dalam segala falsafah boleh membuatkan manusia menimbulkan segala pertanyaan atau keraguan yang untuk mencari segala jawapan dalam fikiran. Oleh sebab itu, tercetusnya pelbagai persoalan bagaimana,mengapa dan apa untuk manusia memikirkannya. Ahli falsafah mengajar kita untuk berfikir tentang emosi dan bukan sekadar memilikinya dengan memahami dan menganalisis perasaan tersebut. kita belajar untuk melihat bagaimana emosi memberi kesan kepada tingkah laku seseorang dalam cara yang tidak dijangka dan sebagainya. Oleh itu, falsafah mendapatkan kita untuk menyerahkan semua aspek akal sihat kepada alasan. Ia mahu sesorang itu, berfikir untuk diri sendiri bagi menjadi lebih bebas.