Lecture 3 - Philosophy of Communication with Dr. Greng Kielmeyer
Komunikasi telah diturunkan oleh
Tuhan pencipta alam. Komunikasi, bahasa dan perkataan datangnya daripada Tuhan
untuk memudahkan manusia untuk berkomunikasi. Tuhan telah memberikan perbezaan
bahasa di setiap tempat. Namun, Tuhan telah memberi satu kemudahan kepada
manusia iaitu ilmu untuk memudahkan manusia mencari dan memahami maksud pada
setiap bahasa yang berbeza di muka bumi. Perkongsian ilmu berkaitan penggunaan
bahasa telah memudahkan manusia memahami bahasa yang lain.
Adam merupakan manusia pertama
yang hidup di dunia. Adam tidak tahu berkomunikasi kerana tidak ada sesiapa
yang mengajarnya. Namun, dengan kuasa Tuhan, walaupun Adam tidak tahu
berkomunikasi tetapi Tuhan telah membantu Adam untuk berkomunikasi.
Manusia yang kuat tidak akan
sempurna ika tidak berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana,
berkomunikasi dengan orang lain terutanya bersama keluarga akan membentuk
suasana yang harmoni.
Dalam ingin menyampaikan sesuatu dengan orang lain,
pastikan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami atau menggunakan bahasa yang sama dengan khalayak. Jika kita
tidak mahir dalam bahasa yang sama dengan khalayak, pastikan kita menyediakan
seseorang untuk menterjemahkan menggunakan bahasa yang difahami oleh khlayak
agar maklumat yang disampaikan mudah sampai kepada mereka.
ReplyDeleteBerdasarkan video itu, Dr Greg Kielmeyer mengatakan bahawa Tuhan adalah pencipta bahasa dan dia memberikan pelbagai bahasa kepada pelbagai kumpulan orang di seluruh dunia. Dr Greg mengatakan kata-kata penyebaran dari Alkitab adalah bentuk di mana kita berkomunikasi dengan orang lain dengan kata-kata Tuhan. Jadi, menurut Dr Greg lagi berkomunikasi adalah aktiviti manusia yang diberikan kepada manusia oleh Tuhan.
NURUL INTAN SURAYA BINTI MURTAZADI
ReplyDeleteDalam video tersebut memberitahu bahawa komunikasi yang berlaku pada manusia secara umumnya datang daripada Tuhan yang telah diturunkan kepada Nabi Adam. Pertama kali Nabi Adam turun ke bumi, nabi adam tidak tahu cara untuk berkomunikasi kerana tidak ada sesiapa yang mengajarkan kepadanya. Oleh itu, dengan kuasa Allah, Nabi Adam mampu berkomunikasi dan memahami bahasa dengan baik. Dalam video tersebut ada menyentuh mengenai kedudukan manusia di dunia yang mana pangkat tidak menjamin seseorang perlu angkuh dengan jawatannya. Hal ini demikian kerana walaupun terdapat perbezaan dari segi pangkat ataupun kedudukan, sebagai manusia kita masih mempunyai kedudukan yang sama rata di sisi Tuhan.Dapat dilihat bahawa video ini untuk mengajarkan kepada manusia agar bijak dalam berkomunikasi dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari. Secara keseluruhannya, kita seharusnya menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan bersesuaian ketika berkomunikasi agar orang lain dapat memahami apa yang hendak disampaikan.